kelopak

Selasa, 28 Februari 2012

aKu LuRvE hAvEnA [PROLOG]

     PROLOG

        Lurve Haveana, nama yang cukup pelik. Tapi bagi aku nama yang cantik. Pasti ada makna kenapa ibu Ana beri nama dia macam tu. Aku kena tau sebabnye. Hati Hariz Idzwan berkata. Erm, tapi macam mana aku nak tau sebabnye? Orangnya pun aku baru sekali sahaja pernah jumpa, yang lain hanya mendengar Haniz bercerita sahaja. Lebih baik aku tanya Haniz. Dia mesti tau. Kan Haniz tu rapat dengan Ana. Hariz mendapat akal. Haniz Idzwin merupakan adik kembarnye. Haniz adalah rakan karib Lurve Haveana yang dipanggil sebagai Ana di sekolah. Hariz turun ke dapur untuk mendapatkan adiknya yang sedang menolong ibunya memasak.


      “ADIK…” Hariz menegur adiknya yang ketika itu sedang menyiang ikan. Haniz menjeling abangnya tanda ianya tidak suka akan abangnya yang menganggu dia ketika sedang memasak.
      “Kejaplah! Adik tengah siang ikan ni. Kang adik kasik ikan ni and tonyoh kat abang baru tau!” Haniz menjawab, tegang. Hariz tersengih-sengih. “Ni tak lain ni, ni mesti kes pasal Ana yang abang nak tanya kan? Hish.. Abang ni gatallah!” Haniz menyambung.
      “Abang tunggu kat bilik adik. Nanti adik naik kat atas.” Katanya lagi. Hariz beredar tanpa sempat Haniz membalas kata-kata Hariz iaitu abangnya. Haniz mencebik.
     ‘Ish! Nie mesti kes Ana lagi ni. Kalau dah suka tu terus terang jela.Tak payah nak dolak-dalih lagi.’ Haniz merungut di dalam hati.


       “YOSH!..” Haniz menegur abangnya di bilik. Selamba sahaja Haniz duduk di atas katil sambil membaca novel tanpa melihat Hariz. Hariz merenung Haniz.
       “Ewah-ewah! ‘Cantik’ betullah bahasa adik ni. Ni belajar dari siapa ni? Mesti dari Nazrul adik kawan abang si Ikhwan kan?” Haniz memuncung. Hariz tersengih-sengih. Dia tahu yang Haniz tidak suka akan Nazrul sebab Nazrul suka sangat sakat Haniz. Almaklumlah, Haniz kan comel? Hariz tersenyum sendiri. Tapi Ana lagi comel kan? Bisik suara hati yang lain. Erk! Entahlah! No komen! Hariz tergeleng-geleng dan tersenyum.
       “Ni ape kes senyum sorang-sorang nie? Buang tabiat ke ape?” Haniz memandang pelik terhadap abangnya. Hariz mengeleng-geleng kepalanya tanda tiada apa yang difikirkannya. “Hrmmm, okay. Sekarang abang nak tanya apa dekat adik ni? Cepatlah! Adik nak pergi rumah Ana sat lagi ni.” Haniz mendengus manakala Hariz hanya tersengih-sengih.
         “Abang nak ikut adik pergi rumah Ana boleh?” Hariz mengenyitkan matanya. Haniz membulatkan matanya menambahkan ketawa Hariz.
         “Abang nak buat apa pergi rumah Ana?! Baik abang cakap dekat adik sekarang!” Haniz menyeringai.  Hariz berdecit. ‘Ish! Adik aku nil ah. Banyak songeh betullah!’
         “Saje-saje nak ikut adik. Tak boleh ke?” Hariz membalas selamba. Haniz menjulingkan matanya.
        “Abang nie kene tonyoh cili kat muka abang gamaknyer. Dah! Jangan nk mengada-ngada dengan adik. Ana tu dia tinggal seorang je kat rumah. Kang abang ikut tak pasal-pasal kene serbu pencegah maksiat. Abang tu bukan boleh percaya sangat.” Haniz membidas kata-kata abangnya, Hariz Idzwan.
         “Kenapa pula Ana tinggal seorang dekat rumah? Ibu dan ayah dia pergi mana?” Hariz bertanya bagaikan orang bodoh.
        “Abang ni tak payah nak sibuklah! Tu urusan Ana. Bukan abang! Huh!” Haniz berlalu meninggal Hariz seorang di dalam bilik.