kelopak

Ahad, 18 Disember 2011

kAlAu CiNtA [EPISOD 1]

 "Weyh Sara. Malam ni plan macam biase. Jangan kasik sesaper kacau game kiter oke?" Aku berbisik dengan Sara. Sara hanya mengangguk mengiakan. Aku tersenyum kesenangan.Matik kau malam ni Kimi! Nak sangat cabar aku? Rasakan malam ni! hehehehe.. Kau ingat aku nilembik macam kau? Tui! Jangan pandang kekuatan wanita dari luar sahaja okay! we will see this nigth what will happen to you! Aku tersengih-sengih di dalam hati.

          "Tapi su, kau kene hati-hati gak sebab malam ni turn Izzaq dengan Am jage. Masak kitekalau diorang tu tau. Diorang pasti akan "ngap!" kite kalau dapat tau yang kita ni keluar malam" Sara meluahkan rasa kegusaran yang telah bermukim dihati sejak mereka merancang untuk mengenakan Hakimi iaitu musuh Nora merangkap AJK kelas mereka. 

          "Kesah pulak aku! suke hatik dia lorh! Mau ngapain sama kita kek! Janji game kita malam ni lancar! No entries! kalau kau tak nak ikut pon takper! Aku tak kesah pon!" Nora menjawab dengan kasar.

           "Tapi..."

           "No tapi-tapi. Sekarang kau cakap, nak follow aku malam ni ke tak? Kalau tak nak tak per.Aku buleh pergi seorang." kulihat Nora boleh tersenyum.

            "Erm! Aku ikutlah."Nora tertawa senang. Sara teringat akan pergaduhan Nora dan Hakimi Farizat kelmarin. Semuanya berlaku disebabkan dirinya. Kalau tidak ada Nora pasti dia sudah malu besar. Tetapi dia tidak kisah sekiranya berlaku ke atas dirinya. Sekarang dia amat risau tentang Nora yang konon-kononnya berani menyahut cabaran Hakimi untuk mengenakan dirinya balik pada malam ini di rumah lama yang sudah lama tidak diduduki.



           "Dasar pompuan cengeng! Jatuh sikit nak nanges! Anak saperlah ni. Memalukan kaum kerabat aku saje. Halau kang orang kata aku ni kejam." Hakimi tersenyum jahat. Hatinya gembira setelah berjaya memalukan Sara dihadapan khalayak ramai. Sara terus menerus menangis apabila dirinya dimalukan oleh saudaranya sendiri.
            " Hei jantan! Dia pompuan! Haruslah dia menangis sebab menangis bagi pompuan adalahayu gitu! Kau laki apa tau? Pegi balikla wei! Nak lawan dengan pompuan gak. Malulah sikit!" Nora menyampuk perkelahian diantara Hakimi Farizat dan Sara Najua.
             "Kau pompuan ape tau? Ni urusan antara aku ngan betina lembik ni. Kau pompuan ape tau?Baik kau balik jage anak lagi baguslah wei! " 
             "Kau!" Nora menjengilkan matanya.
              "Ape?! Kau tak puas hati dengan aku ker?! Kau kene terima kenyataan yang kau tu just pompuan! Kalau dah pompuan tu buatlah cara pompuan! Nak tunjuk hero depan aku pulak. Taksedar yang diri tu cuma pompuan lembik!"
              "Hey! Kalau kau ingat bila kau dah buli kitorang, kau pikir kau tu dah hebat?! Kau silap!Kau ingat hebat sangatlah bila buli budak pompuan? Heh! tak gentle oke!" Amek kau! mentang-mentang kitorang ni pompuan ingat kitorang ni lembik nak mampos?! please oke! Kitorang ni ponada maruah jugak.
              "Habis, kau ingat kau tu hebat? Entah-entah pijak semut pun tak mati."Hakimi membidas kata-kata Nora, pedas.
             "Hello! Kitorang ni bukan macam kau! Hipokrit! Kasar diluar tapi lembut didalam! Macam peribahasa apa yang orang selalu cakap tu Sara?" Nora berpaling ke arah Sara.
             "Hah?" Sara terpinga-pinga. Nora bengang.
             "Heh! Macamla hebat sangat korang ni. okaylah. Macam ni je. Ape kate esok malam kau pegi rumah lama yang ada dekat simpang empat jalan suku?"
             "Nak buat apa pergi sana?" Nora bertanya bagai Si Lurus Bendul.
             "Hrmm... Macam ni, waktu siang.. Aku and Bad ni pergi sana dan letak batu pelik ni." Hakimi mengeluarkan batu yang berada di dalam kocek seluarnya.
            "Ape kemende kau cakap ni. Tak pahamlah! Kau sengaja nak tukar topik ke ape hah?!" Nora berang. Terasa dirinya dipermainkan oleh jejaka dihadapannya.
            "Kau ni! Aku tak abes cakap lagi kau dah potong cakap aku." Hakimi balas selamba.
            "Okay.. Teruskan mende yang kau nak cakap sangat tu." Nora mengalah.
            "Macam ni. Aku dan Bad pergi rumah usang tu waktu siang and letak mende ni. Nampak batu pelik ni?" Hakimi mengunjuk-ngunjukkan batu tersebut di muak Nora.
            "Nampaklah! Takkan aku dah buta pulak!" Nora menjawab malas.
            "Then, waktu malam tepat pukul 12.30 malam, kau and Si Cengeng ni pergi sana dan carik batu ni. If korang dapat jumpa batu ni aku mengaku yang korang ni hebat. Amacam? Ada berani?" Hakimi tersengih. sinis sahaja senyumannya melihat Nora yang sedang berfikir sama ada patut menyahut cabarannya ataupun tidak.
            "Deal! Aku setuju. Aku tak nak kau mengaku kalah depan kitorang. Aku nak kau mengaku depan orang-orang yang telah kau malukan Sara. Macam mana? Okay?" Kini giliran Nora pula mengenakan syarat.
           "Okay. No hal punye lah! Ingat okay.. Malam besok! Tepat pukul 12.30 malam!" Hakimi mengingatkan Nora dan berlalu meninggalkan Nora dan Sara.



            "Woit Sara! Kau mengelamun ape ni? Pasal pertarungan aku dengan Hakimi lagi ke kau pikir sekarang ni? Ala.. Kau jangan risau sangatlah. Kalau kau tak nak ikut pun takpe gak. Aku tak nak libatkan kau. And aku yakin sangat yang aku boleh kalahkan 'Si See Well' tu." Nora tersenyum ke arah Sara.Sara membalas senyuman Nora.
           "Okay. Tapi kau jangan lama sangat kat rumah lama tu tau! Aku takutlah!" Sara menyatakan kebimbangannya.
           "Don't worry okay? Aku akan balik cepat punyer." Nora menenangkan Sara yang sudah seperti cacing kepanasan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan