kelopak

Ahad, 18 Disember 2011

kAlAu CiNtA [EPISOD 2]

"Arghhhhhh!!!! Hantu!! Tolong aku Nora!" suara Sara bergema kuat dirumah usang itu. Nora yang sedang tertunduk-tunduk mencari batu yang dimaksudkan oleh Hakimi Farizat malam kelmarin terkejut. Nora berasa pelik.
            'Ish pompuan ni lah kan.. Kalau tak menyusahkan aku sehari tak boleh ke? Nasib baik aku tak de penyakit lemah jantung. Kalau tak, kat sini jugak aku kojol kang." Nora Suhaida mengutuk Sara Juliena yang berada di tingakt atas. Nora berlalu dan mendaki ke atas untuk melihat Sara.
            "Kau ni kan Sara! Tak buleh ke biarkan aku buat keje dengan senang hati? Menyusahkan betullah kau ni!" Nora membebel sambil kakinya melangkah ke tingakt atas yang menempatkan Sara menjerit.
            Semasa Nora sedang melangkah, tiba-tiba ada lembaga putih sedang berjalan melintasi Nora. Nora terkedu sama ada apa yang dilihatnya betul atau tidak.
            "Arghhhhhhhh!!" Nora menjerit. Nora terjatuh dari tanggaa. 'Adoiiiii! Sakitnyer buntut aku!Menyesal aku datang sini. Huhuhu~'
            "Haahaha.. Aku ingatkan berani sangatlah konon-kononnyer kau ni." Hakimi muncul disebalik bangku yang berada di belakang Nora. Nora bangun dari telentang dan berpaling menhadap Hakimi dan Bad  Haiqal. Bad ni kawan baik Hakimi sejak kecil. Nora mengetap gigi. Berang dengan sikap Hakimi yang suka sangat mempermainkan dirinya dan juga Sara. Matanya menjengil besar. Hakimi dan Bad ketawa berdekah-dekah apabila melihat Nora seakan-akan tidak suka dengan tindakannya tadi.
            "Nora!" Sara menyampuk dari tingkat atas. Semua yang berada di bawah mendongak.
            "Naper Sara? Kalau kau nak cakap yang ada hantu baik tak payah! Hantu yang kau tengoktadi ade kat depan ni hah!" Nora membidas segera. Hakimi tersengih nakal. Nora melihat, menyampah.
            "Bukan pasal hantulah yang aku nak cakap!" Sara menjawab tercungap-cungap bagai sesak nafas Nora tengok.
           "Habis tu pasal ape?!" tanya Nora berang. Dahlah hati dia sakit kene permainkan dengan Hakimi dan Bad. Ni Sara pon macam nak kenekan dia jugak.
          "Tadi.. Erm.. Aku nampak anjing liar merayap kat tingkat atas sekali. Ala.. Yang bilik kecik tu." Sara jawab. Cemas sahaja bunyinya.
          "So? Kenapa kalau ade anjing hah?!" Bad menyampuk.
          "Anjing tu berbahaya umi aku cakap!" Sara berkata sambil menuruni tangga.
          "Abis tu mane kita nak lari ni? Takkan nak dok diam je? Cepatlah fikir!" Bad cemas.
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan